Wednesday, August 31, 2011

Kenapa dengan Tawadhu'?

0 teguran membina

(Syurga adalah untuk mereka-mereka yang tawadhu’.Kerna Allah mengharamkan syurga bagi mereka-mereka yang ada sebesar zarah takabbur dalam hati mereka…Allahumma haffizna minhu..)

Assalamualaikum semua pembaca yang ana sayang,ana mintak maaf awal-awal sebab dah lebih sebulan tak post entri baru (macamla ada yang menunggu…).Walau apapun,insyaAllah kali ni,sebab dah ada masa(macamlah sebelum ni takde masa..),ana akan cuba tulis tentang….

TAWADHU’…

(Huh,simple je kot tajuk ni,aku boleh hurai…)

(hek eleh,tawadhu’,macamla kau tu tawadhu’ sangat….)

(Erm,tawadhu’?macam boring je tajuk ni,tawadhu’…rendah diri….ceh,orang sekarang nak baca benda tinggi-tinggi,pasal daulah islamiah,jihad melawan yahudi,politik islam dan lain-lain….ni cerita pasal tawadhu’..haha)

Cukup,ni sekadar prediction ana pada sesetengah orang bila nak cerita bab tawadhu’(mungkin anapun sama…isk2)Tapi,walau apapun kata orang,ana rasa benda ni perlu sangat-sangat,kalau nak ayat yang lagi menunjukkan bahawa benda ni penting,bolehla guna ayat “Gila bapak!”..So,bagi ana,tawadhu’ ni penting gila bapak!!!”

Kenapa penting??

1.Orang yang masuk syurga hanyalah orang-orang yang tawadhu’.Kenapa?Kerana barangsiapa yang ada dalam hatinya takabbur walupun sebesar zarah,di haramkan syurga baginya…huh,na’uzubillah...

2.Orang yang awal-awal dicampakkan dalam neraka adalah orang yang keterhadapan dalam agama dan dakwah,tapi tak ikhlas dan takabbur.Contoh,mujahidin yang berjihad sebab nak dapat nama,dermawan yang derma sebab nak dapat nama dan qari yang baca alquran sebab nak dapat nama…huh,na’uzubillah jugak..

3.Tawadhu’ dah menghilang dalam hati kita,terutama orang-orang yang “hebat”.

So,nak taknak kita kena jugak dapat pengisian bab tawadhu’ ni,harap-harap entri kali ni,sedikit sebanyak dapat mengubah hati ana dan korang semua.Kalau boleh,sampaikanlah pada siapa-siapa.

Bismillahirrahmanirrahim…

Ramai orang sekarang,nakkan ketinggian,nakkan pangkat,atau nak satau “kelebihan” yang membuatkan kita rasa kita “lebih” dari orang lain.Dan,orang zaman sekarang ni(termasuk ana,sebab anapun orang zaman sekarang!),nakkan pujian,nak di tinggikan,dan rasa seronok dengan pujian dan ketinggian yang diberikan kepada kita.

Tapi,semua tu,tak ada masalahpun kalau kita nak,asalkan niat kita nak benda tu betul,dan tawadhu’,tak pandang rendah orang lain,tak pandang hina orang,tak rasa kita lagi baik dari orang lain.

Tetapi,yang jadi masalah,bila kita “dilebihkan oleh Allah” dalam satu sudut,maka kitapun merasai kita lagi hebat dangan memandang hina orang lain.Ni yang bahaya.Contohnya,Allah telah beri kita satu kelebihan yang Allah tak beri pada beberapa orang,iaitu bersekolah di sekolah agama,bukan itu sahaja,dalam sekolah agama yang hidup tarbiah dan usaha dakwah,dan lebih nikmat adalah,Allah bagi kita kecintaan terhadap tarbiah dan usaha dakwah!

Yang menjadi masalah,bilamana dengan kelebihan itu,kita pandang trendah pada orang-orang yang tak ada kelebihan tu.Contohnya,orang yang hisap rokok atau rempit,atau couple,atau lain-lain.Kita tak boleh nak terus cop diorang ni “pelik”,”hina”,”semacam” dan lain-lain.Kerana,mereka tak diberi Allah nikmat tarbiah macam kita dapat.

Cuba korang bayangkan,ops,cuba kita bayangkan,kalau kita di posisi diorang,Allah tak bagi kita sekolah agama,tak dapat tarbiah.Apa akan jadi kat kita?Mungkin lagi teruk!Yelah,kita yang dah dapat nikmat tarbiahpun,ada lagi perasaan nak buat maksiat.Nasib baik kita “terpelihara” sikit,kalau tak?Kalau kita hanya sekolah biasa yang campur laki permpuan dengtan tak rasa bersalah,dengan kawan sekelining yang tak membantu langsung untuk kita jadi baik,dengan keluarga kita yang pun bagi kebebasan untuk kita buat apa-apa,(Alhamdulillah,Allah bagi kita mak ayah faham islam!!!) mungkin kita…tak perlu nak cakap.

Jadi,kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat kelebihan yang Allah bagi kat kita,bukan memandang hina orang,pandang rendah orang dan rasa kita lebih baik dari mereka.Ni bahaya,dan nilah yang selalu terjadi.Kita sepatutnya doakan diri kita dan mereka agar dapat hidayah dari Allah,diberi kekuatan oleh Allah untuk berubah dan lain-lain.Di samping,kita bantu mereka seadanya untuk sama-sama terjun dalan kenikmatan usaha dakwah dan tarbiah.Sesunggunya,itula tanda syukur.

Ana ulang:”Sesungguhnya,itulah tanda syukur…”

Tu satu point.lagi satu point,yang ana nak tekankan sangat adalah betrkaitan dengan ilmu kita.Sepetutnya lagi tinggi ilmu yang Allah anugerahkan pada kita,membuatkan kita lebih tawadhu’.Itulah anatara tujuan kita menuntut ilmu!Kalau dengan ilmu membuatkan kita lagi sombong,rasa diri mulia dan nak dimuliakan,pandang rendah orang lain,maka,ketahuilah,sebenarnya orang macam tu tak berilmu lagi..

Kita boleh tengok,ada orang yang menggunak ilmunya unttuk mem”blaim” orang lain.”Kau salah!Sepatutnya macam ni,sesat…!!” “Jahil sungguh A,sepatutnya kena belok kiri kanan,mana boleh terus…janganlah ikut mereka..”

Dan macam-macam lagi.Memanglah memperkatakan kebenaran itu perlu,tetapi kalau ianya berkaitan dengan khilaf,antara pendapat A,dan B,atau C yang mana semuanya ada nas-nas dan hujah serta mereka berijtihad dengannya,maka tak perlulah nak memaksa,memandang hina,merasai mereka tak faham islam lagi,semata-semata sebab tak ikut pandangan dan pendapat serta cara korang.Itu bukan tawadhu’ namanya.

Dalam satu kaedah syarak,lebih kurang:”Aku yakin bahawa pendapat aku yang paling betul,tapi aku tak boleh mengatakan pendapat orang lain tidak betul,kerana mungkin pendapat mereka lagi betul…”

Berbeza pandangan itu rahmat dari Allah,sepatutnya kita bersyukur.Jadi,gunakanlah ilmu kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah,dan mendekatkan diri umat kepada Allah,bukan untuk mencari salah orang dan sebagainya.Bahaya sangat,macam-macam benda boleh berlaku…(ana nasihat untuk diri ana jugak..)

Jadi,mungkin sampai sini entri kali ni.Walaupun tak seberapa,tapi ambillah seadanya.Kalau ada yang tak betul,betulkan.Mungkin ana rasa pendapat ana betul,tapi ana tak boleh kata pendapat korang tak betul sebab boleh jadi,pendapat lorang lagi betul : )

Wallahua’lam.

Ramadhan kareem..

Selamat Menyambut Hari Kemenangan..

Maafkan ana,zahir batin.

Friday, June 17, 2011

Apa itu Hipokrit?

0 teguran membina

(Jadilah dirimu yang "sebenar",anda akan bahagia...)

Huh,semua orang kat dunia ni,pasti dan pasti akan melakukan dosa,tak kira kecik atau besar.Dan,amat susah sekali untuk jumpa orang yang tak buat dosa besar dalam umat ni(Doakan saya..Oh).

Dan,lumrah dan fitrah kita semua,kita akan lalui satu saat yang mana pada saat tu, kita semangat gila,memuncak!Tapi,kebiasaannya,sampai satu masa,kita punya semangat akan jatuh,dan lemah semangat,atau istilah yang biasa kita dengar(bagi yang pernah dengar la..),FUTUR.

Kebiasaannya,macam tulah kita.Kita danh semangat-semangat,tak pasal-pasal,nanti kita akan lemah semangat,tak bermaya,..Huh,betul tak?Jadi,biasanya,orang yang semangat ni,akan futur disebabkan DOSA YANG DIA TELAH LAKUKAN...

Contohnya,Ahmad(sekadar contoh),dia sekarang ada kat sekolah.Dia tengah semangat,tiap hari dia bangun tahajud,zikir pagi petang,baca quran dan dia rasa tenang dengan apa yang dia buat.Tapi,ahmad ni ada masalah:"DIA SUKA TENGOK VIDEO TAK ELOK!"Tapi,dia sedaya upaya nak timnggalkan.So,kat sekolah,dia buat ibadah gila-gila,dia bagi tazkirah kat depan,dan lain-lain.

Tetapi,bila cuti menjelang,hari pertama ,dia still ok lagi,tapi bila laptop depan mata,mak ayah takde kat rumah,internet pulak laju kat rumah...Maka,SEKALI LAGI DIA TEWAS!Dan semenjak dia tengok video tak elok tu,maka semangat dia yang sebelum ni,terus luntur,jatuh menjunam!

Faham tak contoh ni?

So,apa pandangan korang pada budak yang bernama Ahmad ni?Kat sekolah dia baik,banyak buat ibadah,bagi tazkirah kat depan,semangat,tapi time cuti??Dia tewas.Apa pandangan korang pada dia?Adakah dia HIPOKRIT?

Ok,bagi korang,yang mana satu diri sebenar dia?Time dia kat sekolah ke(Kat sekolah dia baik gila),atau time dia kat rumah?(Tewas dengan nafsu )

Mana satu diri sebenar dia???Saya tanya ni...

Kawan-kawanku,
Ramai orang sekarang,bila dia baik,tapi dalam keadaan dia baik tu,sebenarnya dia ada "masalah dalaman",dia ada buat maksiat yang dia sorang tahu.Dan bila dia semangat,tapi,dan dia nak tinggalkan maksiat yang dia buat,tapi dia gagal.Maka ,biasanya,banyak orang akan cakap macam ni:

"Hisy,aku kat sekolah baik,depan orang baik,tapi,nilah diri aku yang sebenar,asyik buat maksiat,lemah,hina!!!"

So,banyak orang yang nak tinggalkan maksiat,tapi tak dapat,maka bila dia nak buat baik,dia rasa tak sedap hati,tak tenang,sebab dia rasa kebaikan yang dia buat tu bukanlah diri dia yang sebenar.

Tetapi,saya soal lagi sekali,
Ok,bagi korang,yang mana satu diri sebenar dia?Time dia kat sekolah ke(Kat sekolah dia baik gila),atau time dia kat rumah?(Tewas dengan nafsu )

Mana satu diri sebenar korang??Time korang baik atau time korang tewas dengan nafsu??

Kawan-kawanku,
hakikatnya,time kita dalam keadaan BAIK tulah diri kita yang sebenar!Kerana itulah yang kita nak sebenarnya,dan itulah yang kita nak jadi!Tapi,kadang-kadang kita tewas dengan nafsu!
Jadilah dirimu yang "sebenar",anda akan bahagia...!

Tapi,apa itu hipokrit?Orang hipokritkan depan orang dia baik,tapi belakang-belakang,dia sebenarnya jahat!

Tetapi,berbeza dengan orang yang situasi dia macam Ahmad ,dia sebenarnya nak jadi baik,so,kat sekolah,dia baik gila,tapi,kat rumah dia tewas dengan nafsu.Itu bukanlah hipokrit!!

Hipokrit ni,dia depan orang baik sebab dia taknak kena kutuk,dan dia memang sebenarnya tak sukapun kebaikan yang dia tengah buat,dan dia lebih suka buat jahat!Tapi,dia pura-pura baik.Itu hipokrit.

Faham?Harap-harap fahamlah...

So,ingatlah pesanan saya yang hina ni,
Jadilah dirimu yang "sebenar",anda akan bahagia...

Wallahua'lam.

Sunday, May 29, 2011

Lupakan keburukan dan kebaikan?

2 teguran membina

(Kadang kita perlu lupakan sesuatu yang pernah berlaku pada kita.Bagi saya,kita perlu lupakan kesalahan orang pada kita dan kebaikan kita pada orang..)

Apa yang saya tulis lepas ni,jujurnya,sayapun tak mampu lagi untuk amal,atas kelemahan diri saya(Doakan saya dapat amal..)Tapi,disebabkan saya nak cuba amallah saya tulis kat blog yang penuh dengan caca merba ini.Agar,korang dapatlah tegur saya di hari kita di pertemukan..

“Eh,tunggu jap!Adnin,kau tak amal lagi,buat apa nak ajak orang…?Allah benci orang yang cakap apa yang dia tak buat..!Kau kena amal dulu bob…”

Ehem,ehem..Sapa yang boleh jawab soalan di atas kalau korang ditanya sebegitu?Soalan saya,betul ke kalau kita tak buat apa yang kita cakap,kita akan di murka Allah?Ya,jawapannya betul.Allah cakap dalam quran:”Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu cakap benda yang kamu tak buat?Besarlah kemurkaan Allah terhadap orang yang cakap apa yang dia tak buat…”

Tetapi,apa tafsiran ayat ni?Ramai orang salah faham dengan maksud ayat ni.Orang gunakan ayat ni untuk mengelak dari berdakwah!Dengan alasan:”Akupun tak amal lagi…”Betul ke ?

Sebenarnya,ayat : :”Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu cakap benda yang kamu tak buat?Besarlah kemurkaan Allah terhadap orang yang cakap apa yang dia tak buat…” bukanlah larangan untuk dakwah,tetapi ia adalah ayat larangan untk dakwa..!Saya ulang,IA BUKANLAH AYAT LARANGAN UNTUK DAKWAH,TAPI,IA ADALAH AYAT LARANGAN UNTUK DAKWA!

Apa itu dakwah?Apa itu dakwa? Dakwah ialah,mengajak.Contohnya:”Marilah kita solat..” atau “Jom kita buat baik..”Manakala dakwa ialah,menyatakan sesuatu.Contohnya “Aku dah solat” atau “Aku tiap hari tahajud..”

Dapat bezakan antara dakwah dan dakwa?So,sebenarnya,kalau orang yang minum arak,kalau dia tengah jalan-jalan,dia Nampak orang minum arak,DIA WAJIB tegur mereka walaupun dia pun minum arak.Kalau korang hisap rokok,dan Nampak ada orang lain hisap rokok,korang pun tetpa kena tegur mereka walaupun korang hisap rokok…Tapi,kalau kita dakwa kita tak hisap rokok,tapi sebenarnya kita hisap,itu yang Allah murka tu!Kalau kita dakwa yang kita ni selalu sedekah,tapi sebenarnya tak,itu yang Allah murka!

Faham?Maaf,itu yang saya dengar oleh seorang uztaz baru-baru ni.Err,sambung balik ke tajuk asal.Boleh?

Dalam kehidupan ni,macam-macam yang berlaku pada diri kita.Kadang-kadang best,kadang-kadang rasa nak menjerit,kadang-kadang kita dah menjerit,mengamuk,mencarut,kadang-kadang kita rasa nak bunuh diri,kadang-kadang semangat gila,kadang-kadang jadi tak betul….Ah,macam-macam.Betul tak.

Dan dalam mengharungi segala macam mehnah kehidupan,ada benda yang kita perlu ingat dan ada benda yang kita perlu lupakan.Kalau tak,susah jugak.Ada orang,dia tak habis-habis kenangkan kisah silam dia,keburukan-keburuka yang terjadi kat dia,segala yang negative,dan hasilnya?Huh,terus kekallah dia dalam keadaan tak bersemangat,rasa diri malang dan sewaktu dengannya.

Ada pulak,orang yang melupakan jasa baik orang pada dia.Orang punyalah baik kat dia,pernah bagi dia,tolong dia,buat baik kat dia macam-macam,tapi,dia layan orang tu macam orang tu tak pernah buat apa-apa kebaikan kat dia.Orang tu buat salah sikit je,terus berdendam,tak puas hati dan ungkit-ungkit.Padahal,kebaikan yang orang tu buat kat dia berkali-kali ganda lagi banyak dari keburukan.Macam-macam…

Tetapi,ingatlah,bagi saya,kalau nak hidup kita tenang,damai,kita kena lupakan 2 benda ni, ,kita perlu lupakan kesalahan orang pada kita dan kebaikan kita pada orang.Dan,kita kena ingat 2 benda ni,kebaikan orang pada kita dan keburukan kita pada pada orang.

Bila kita ingat 2 benda tu dan lupakan lagi 2 benda tu,insyallah,akan lahir dalam hati kita sifat tawadhu’,tiada permusuhan,kasih saying,hilang pendendaman dan sebagainya.Kalau tak,kita akan merasakan kita jelah yang paling betul,kita je baik,pandang rendah orang,ungkit-mengungkit dan sebagainya.

Hm,tu je point yang saya nak bawak,sikit je.Tapi,saya hatrap,sama-samalah buat benda ni walaupun susah.Tapi,kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya,kalau kita sama-sama amalkan benda kat atas,insyallah ukhwwah kita akan berkekalan walaupun kadang-kadang pendapat kita berbeza,jalan tidak sehala.Ukhuwwah itu lebih penting.

Dan,saya ingin meminta maaf kepada semua orang atas kesilapan saya yang banyak.Korang dah banyak tolong ana samada secara langsung ataupun tak.Jazakallah.

Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...